Carian

Bilangan Pengunjung

Home
Bahagian Latihan dan Pengembangan Kompetensi
KURSUS PENGURUSAN PENGACARAAN MAJLIS PDF Print E-mail
Written by Syarifuddin Mohamad   
Tuesday, 13 March 2012 00:22

Salam Sejahtera,

Bahagian Latihan & Pengembangan Kompetensi,Universiti Malaysia Pahang akan mengadakan Kursus Pengurusan Pengacaraan Majlis pada 27-29 April 2012 di Hotel Heritage, Cameron Highlands.

Kursus ini terbuka kepada semua kakitangan Jabatan Kerajaan dan bukan kerajaan, badan-badan berkanun, kakitangan sektor swasta, semua IPTA dan IPTS dan individu yang berminat.

Keterangan lanjut sila muaturun brosur kursus <klik di sini>

Terima kasih.

Last Updated on Tuesday, 13 March 2012 06:37
 
Selamat Datang PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 11 August 2008 01:12

Selamat Datang ke Portal

Bahagian Latihan & Pengembangan Kompetensi, Jabatan Pendaftar.

Sejak penubuhan UMP, peranan latihan dan pembangunan sumber manusia beroperasi di bahawa Jabatan Pendaftar melalui Unit Latihan & Kompetensi. Secara umumnya unit ini berperanan sebagai entiti yang menguru selia program latihan staf yang bersifat kompetensi umum termasuklah urusan Penilian Tahap Kecekapan dan Kursus Induksi. Pada masa yang sama program latihan staf yang bersifat kompetensi khusus dikendalikan oleh agensi lain seperti PTMK, CAIC, PIPI serta CENFED di samping anjuran langsung pihak PTJ terlibat. 

Rantaian agen perubahan persekitaran samada secara dalaman atau luaran, akan memberi impak kepada UMP khususnya jika sumber manusianya tidak berkemampuan untuk menghadapi perubahan itu. Pihak bertanggungjawab perlu sentiasanya memastikan sumber manusianya sentiasa dalam keadaan mahir, berpengetahuan dan bersikap terpuji untuk menghadapi semua perubahan  dengan berkesan.

Berdasarkan keperluan dan kepentingan aktiviti latihan sebagai salah satu elemen kompetensi di dalam pembangunan sumber manusia di UMP, satu entiti penyelarasan tindakan ini perlu diwujudkan.  Mulai 22 Julai 2010, Unit Latihan & Kompetensi telah dinaiktaraf dan peranan sebagai Bahagian Latihan & Pengembangan Kompetensi (BLPK) Universiti Malaysia Pahang.

Last Updated on Tuesday, 11 January 2011 08:15
 

Pengumuman

Powered by JoomlaGadgets